Monday 17 December 2012

FIXIE

 FIXIE
Di Australia, "roda-pengun" merupakan istilah biasa bagi subjek rencana ini — bererti berlawanan dengan roda bebas, dan "gear tetap" biasanya merujuk kepada basikal satu kelajuan.

Basikal gegancu pengun (atau basikal roda pengun, kadang kala digelar fixie) adalah basikal yang tidak memiliki roda bebas, bererti ia tidak boleh meluncur, kerana pengayuhnya sentiasa bergerak apabila basikal bergerak.
Gegancu, atau kog, diulir atau dilekat langsung pada hab belakang kekal. Apabila roda belakang berputar, pengayuh berputar pada arah yang sama. Ini membenarkan penunggang basikal berhenti tanpa menggunakan sistem brek basikal, dengan menahan putaran pada pengayuh dan juga mengayuh secara mengundur.

Kelebihan

Salah satu yang dianggap tarikan bagi basikal gegancu pengun adalah ia ringan. Tanpa bahagian tambahan yang diperlukan bagi basikal dengan gear pemancu, basikal gegancu pengun jauh lebih ringan berbanding basikal yang memiliki gear. Juga, sistem pancuan gegancu pengun lebih berkesan secara mekanikal berbanding sebarang sistem pancuan basikal lain, dengan kebanyakan pemindahan kuasa dari penunggang kepada roda. Dengan itu, basikal gegancu pengun memerlukan kurang tenaga pada sebarang gear untuk bergerak berbanding basikal bergear pada gear yang sama.
Dalam keadaan licin, sesetengah penunggang lebih gemarkan menunggang basikal pengun kerana mempercayai bahawa transmisi memberikan peningkatan suapbalas pada cengkaman tayar belakang.


No comments:

Post a Comment