Sunday 26 May 2013

Kisah Hantu Di MRSM BPJ

                                          KISAH SERAM DI MRSM BPJ

Di MRSM Batu Pahat macam-macam hantu yang diciterkan oleh senior.Antara hantu tersebut adalah hantu:
1.pak guard,yg kononnye akan dtg bile budak tak tidur.Hantu ini dikatakan akan datang dan lalu ditingkap asrama bile kul 2pgi

2.Hantu mak cik karipap yg dikatakan menjual karipap pada waktu malam di asrama,dia dikatakan akn jual karipap di tingkap pada waktu malam.

3.Hantu tangki,hantu ini dikatakan akan melompat dari tangki dan akan naik semula dan akan lompat lagi sampai anda muntah atau pengsan.Hantu ini juga dikatakan mengandung ada pelajar yg mengatakan yg hantu ini adalah pontianak.

4.Hantu berantai,hantu ini kononnye akan dtg ketika pelajar sedang tidur,ia dikatakan akan membawa rantai yg ada di tangannya,dia akan berjalan dan rantainya akan menjejak lantai bilik dan menghasilkan bunyi yg menyeramkan sehingga pelajar akan terjaga dan pada mase itu pelajar akan........

Itulah antara hantu yg berada di asrama MRSM BPJ,ada pelajar yg memberikan nama kepada hantu-hantu ini antara name hantu yang diberikan:


1.hantu karipap-makcik karipap

2.Hantu pak guard-harry potter

3.Hantu tangki-gula2 kapas atau pontianak

4.Hantu Berantai-beragas

5.Penanggal-lolipop

6.hantu bungkus-gula2

Itu saje dari saya,sebenarnya xde apa yg nak ditakutkan sbb kemungkinan hantu ni x kacau kita cume nak tunjuk macho je dengan menunjukkan diriny.....

Sunday 14 April 2013

Belon Panas Ke Angkasa!


Belon Panas Ke Angkasa!

Belon panas ini ialah sebuah kapal angkasa yang dibuat dengan teknologi canggih ,Kapal ini boleh naik ke udara setinggi 36km.Di sana,kita boleh melihat lengkungan bumi.Di samping itu,kita juga boleh melihat pemandangan alam semesta yang menabjubkan.


 Belon panas ini boleh memuatkan 4penumpang dan 2pemandu..

Wing Bowl dan Kobayashi Takeru

Wing Bowl dan Kobayashi Takeru

Wing Bowl ialah satu pertandingan makan yang diadakan pada setiap tahun di Philadelphia,Amerika Syarikat.pertandingan ini bermula pada tahun 1993.Peserta -peserta perlu makan kepak ayam seberapa banyak yang boleh dalam masa 30 minit dan sesiapa yang dapat makan terbanyak akan menjadi pemenang.
 Kobayashi Takeru ialah peserta dari Jepun.Dia telah makan 337 kepak ayam dan memenagi pertandingan itu sekaligus mencatat rekod terbaru.Pemenang rempat kedua pula dapat menghabiskan hanya 271 kepak ayam.

 Kobayashi Takeru ialah seorang pemakan yang hebat dan terkenal.Dia sentiasa melancing ke seluruh dunia untuk bertanding dalam pertandingan makan.Dia telah memenangi pertandingan makan ladu,hamburger dan hot dog.Dari 2001 hingga 2006,dia telah 6kali berturut-turut memenangi "Nathan Hot-Dog Eating Contest".

SOTONG GERGASI


Sotong Gergasi
Pada tahun 2007,kapal nelayan di New Zealand telah menangkap seekor sotong gergasi yang dikenali sebagai COLOSSAL SQUID yang belum matang dengan beratnya 450kilogram.

                                             
Sotong gergasi itu dijumpai di kawasan laut berhampiran Amerika Selatan,Afrika Selatan dan New Zealand.Kebanyakan hidup di lautan berhampiran kutupb selatan.




                                             
Sotong gergasi ini juga mempunyai 2 tentakel yang bercangkuk.Tentakel “giant squid” lebih panjang berbanding “colossal squid”.
“colossal squid” mempunyai sepasang mata yang terbesar di dunia haiwan ,manakala “giant squid”  mempunyai mata yang kedua terbesar.

Wednesday 10 April 2013

Haiwan comel dan hampir pupus


15 Haiwan Paling Comel Yang Hampir Pupus Di Seluruh Dunia...


haiwan-paling-comel-hampir-pupus
Secara umumnya, apabila berkata tentang masalah kepupusan spesies di planet ini, kita tidak boleh menyalahkan sesiapa selain diri sendiri.

Pertambahan populasi manusia dan kadar penggunaan bahan semulajadi telah meningkatkan lagi kadar kepupusan haiwan-haiwan ini. 

Atau lebih spesifik lagi, kemusnahan habitat akibat aktiviti pembangunan dan perdangangan hidupan liar merupakan punca utama penurunan bilangan spesies di muka bumi ini. Disebabkan ketamakan kita sendiri, sanggupkah kita lihat haiwan-haiwan comel yang tidak bersalah seperti di bawah ini pupus dan hilang terus dari muka bumi?


1. Sand Cats
sand-cats
Sand cats (kucing pasir) merupakan satu-satunya spesis dari keluarga kucing yang tinggal di padang pasir, terutamanya di kawasan padang pasir di Afrika Utara, Asia Barat dan Asia Tengah. Sejak tahun 2002 kucing pasir ini telah disenaraikan sebagai haiwan yang terancam oleh IUCN (International Union for the Conservation of Nature) kerana penurunan populasi yang mendadak.


2. Egyptian Tortoise
egyptian-tortoise
Egyptian Tortoise (kura-kura Mesir?) yang juga dikenali sebagai Kleinman's tortoise atau Leith's tortoise ini dianggap dalam keadaan terancam yang kritikal. Ianya dipercayai sudah pupus di Mesir, which is ironic, sebab namanya Egyptian Tortoise tapi tak boleh dijumpai di tempat bersempena dengan nama kura-kura ini. Ribuan sudah dihantar ke Amerika dan lain-lain negara dengan tujuan pembiakan dalam kurungan.


3. Sea Otter
Sea-Otter
Sea-Otters
Disebabkan binatang ini memang serius sangat cute, jadi saya letak gambar dia lebih sikit. Sea Otter ini hampir pupus disebabkan aktiviti pemburuan yang ingin mengambil bulu mereka. Seriously, macam mana mereka tergamak nak membunuh binatang secomel begini? Populasi haiwan ini di Barat Laut Pasifik berkurangan kepada kurang daripada 2000 ekor pada awal abad ke-20. Berita baiknya, dengan penguatkuasaan undang-undang, populasi sea otter ini telah meningkat kepada 100,000 hingga 150,000 ekor.


4. Fennec Fox
Fennec-Fox
Fennec Fox yang mendiami kawasan Afrika Utara dan Timur Tengah ini masih lagi belum dianggap sebagai haiwan yang terancam namun habitat mereka menerima ancaman dari aktiviti perlancongan dan pembangunan. Telinganya yang besar membantu untuk memburu pada waktu malam dengan berfungsi untuk mendengar pergerakan mangsa di bawah tanah dan menyejukkan badan daripada haba padang pasir. Sesiapa yang ada kawan bertelinga capang tu mungkin lepas ni boleh panggil dia Fennec Fox.


5. Mexican Axolotl
Mexican-Axolotl
Pokemon? Masa mula-mula nampak binatang ni serius nampak macam pokemon peliharaan Ash Ketchum. Mexican Axolotl ini sebenarnya merupakan salah satu spesis salamander dan tinggal di dalam air. Haiwan ini dikatakan hampir pupus, dengan kurang daripada 1200 ekor yang tinggal di Mexico, satu-satunya habitat terakhir bagi pokemon ini yang masih terpelihara. Apabila sudah pupus nanti pasti kecewa juga sebab mana nak cari haiwan yang memang dilahirkan untuk senyum secara semulajadi sebegini?


6. Pika
pika
Pika pika pikachu? Ok, ini memang serius pokemon. Pika yang merupakan mamalia kecil dari keluarga arnab ini mempunyai telinga yang besar dan tidak mempunyai ekor. Menurut World Wildlife Foundation WWF), binatang ini terancam kerana ianya terdedah kepada kesan pemanasan global disebabkan Pika ini tinggal di habitat yang sejuk dan agak lembap di kawasan tanah tinggi. Apabila pemanasan global semakin meningkat, habitat tersebut akan semakin berkurang dan bakal membawa kepupusan kepada salah satu spesis pokemon ini.


7. Mandarin Duck
Mandarin-Duck
Mandarin Duck (Itik Mandarin?) yang mendiami Asia Timur ini sama seperti burung merak di mana hanya yang jantan mempunyai bulu-bulu yang colourful manakala si betina hanya berwarna plain yang boring. Sangat berlainan daripada manusia bukan? Walaupun aktiviti pembangunan telah mengurangkan spesis itik ini namun ianya masih lagi boleh dijumpai di beberapa kawasan di Asia Timur. Menurut BBC, itik ini salah satu jenis itik yang tidak diburu untuk dimakan kerana rasanya yang sangat tidak sedap.


8. Slow Loris
Slow-Loris
Berasal dari Indonesia, Slow Loris dari spesis kokang diburu hingga hampir pupus kerana kononnya dagingnya yang dikatakan boleh menyembuhkan penyakit dan mempunyai nilai-nilai spiritual. Kokang ini memang nampak sangat comel tapi seperti gadis-gadis comel yang mampu mematahkan hati para jejaka, Slow Loris ini merupakan satu-satunya keluarga beruk yang berbisa. Ia menyimpan racun di dalam kantung pada bahagian siku dan menyerang mangsanya dengan cara yang sangat awesome iaitu dengan menyedut racun tersebut ke dalam mulut dan berkumur sebelum melancarkan serangan gigitan berbisa.


9. Beluga Whale
beluga-whale
beluga-whales
Ini dugong ke ikan paus? Ikan paus Beluga yang terkenal kerana ciri-ciri bonjolan pada kepalanya dan berwarna putih ini menurut kerajaan Amerika Syarikat mengalami ancaman di habitatnya di Alaska. Dianggarkan hanya kira-kira 100,000 ekor yang tinggal di habitat liar bagi salah satu spesis ikan paus terkecil ini. Disebabkan ikan paus ini memang sangat cute dan bonjolan pada kepalanya memang sangat epik, jadi saya letak dua gambar di sini. Hehe.


10. Black Footed Ferret
Black-Footed-Ferret
Berasal daripada salah satu keluarga musang, Black Footed Ferret ini dianggap terancam oleh IUCN. Malahan, binatang ini pernah diisytiharkan pupus pada tahun 1979, sebelum dua tahun kemudian sebilangan kecil telah dijumpai di Wyoming, Amerika Syarikat. Usaha-usaha pemuliharaan yang giat dijalankan telah mendatangkan hasil dengan lebih kurang 1000 ekor berjaya dibiakkan, menjadikannya antara usaha pemuliharaan haiwan terancam paling berjaya di Amerika Syarikat.


11. Gray Gentle Lemur
Gray-Gentle-Lemur
Kalau anda pernah tengok filem Madagascar pasti familiar dengan binatang ni. Ingat King Julian?Bukannya sebijik tapi berasal daripada keluarga beruk yang sama juga. Gray Gentle Lemur, salah satu spesis lemur ini merupakan salah satu spesis yang hanya boleh dijumpai di mana lagi, di Madagascar pastinya. Juga dipanggil bamboo lemur, pemakanan haiwan ini sama seperti namanya iaitu buluh.


12. Hawaiian Monk Seal
Hawaiian-Monk-Seal
Anjing laut sami hawaii? Peh, epik gila nama dia. Merupakan salah satu daripada spesis monk seal yang masih tinggal di dunia (yang ketiga, carribean monk seal sudah pupus), anjing laut ini hanya tinggal kira-kira 1100 ekor di habitat liar. Diburu sehingga berada dalam ambang kepupusan pada abad ke-19, haiwan ini kini disenaraikan sebagai spesis yang dilindungi.


13. Matschie's Tree Kangaroo
Matschie's-Tree-Kangaroo
Spesis kangaroo pokok ini hanya boleh dijumpai di kawasan hutan hujan di Australia, Papua Barat dan Papua New Guinea, pada ketinggian kira-kira 11,000 kaki. Tidak seperti kangaroo yang biasa, spesis ini tinggal di atas pokok dan bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain dengan menggunakan anggota badannya yang kuat. Disebabkan habitatnya yang terhad, IUCN menganggap kangaroo pokok ini berada dalam ambang kepupusan.


14. Iberian Lynx
iberian-lynx
Iberian Lynx yang berasal dari Sepanyol dan Portugal ini dikhabarkan bakal menjadi spesis kucing pertama bakal pupus sejak 2000 tahun yang lepas, yang kini menjadi kebimbangan WWF. Apa yang lebih membimbangkan ialah disebabkan oleh pembangunan manusia dan kehilangan tempat tinggal, hanya terdapat kira-kira 38 ekor Iberian Lynx betina yang masih tinggal untuk membiak.


15. Giant Panda
giant-panda
Spesis binatang ni memang rasanya sudah ramai yang tahu berada dalam ancaman kepupusan. Kalau tidak, takkan WWF nak letak panda ni menjadi logo mereka. Dipercayai hanya tinggal kira-kira 3000 ekor di habitat liar. Walaupun pelbagai usaha giat dijalankan, namun panda ini tidak mampu untuk membiak dengan baik ketika berada dalam kurungan dan di habitat liar, ianya terdedah kepada ancaman pemburuan haram. Mungkin lepas ini untuk mengelak ancaman pemburu, panda-panda harus dilengkapkan dengan latihan kungfu yang intensif.

Friday 4 January 2013

neuron

Neuron

Otak manusia mempunyai lebih kurang 100bilion sel neuron,yg boleh memproses dan memahami apa yg diajar dan dibelajar dari kita bayi hingga nak mati.

otak kita sekarang mempunyai lebih dari 100bilion neoron.jumlah yg sangat banyak ,tetapi kita tak gune pon neuron sebanyak tu.

kombinasi neuron=kefahaman

saintis mengkaji fungsi otak mendapati sel-sel akan membentuk "ikatan"atau"kombinasi" antara satu sama lain,apabila kita belajar sesuatu yg baru.jadi semakin banyak kita belajar semakin banyak ikatan dan kombinasi antara neuron-neuron berlaku.kombinasi ini sebenarnya akan membuatkan kita faham denagn lebih jelas ape yg kita belajar.

menurut pakar neurologi seperti aq,jika nak tulis angka sifar,tulisan tersebut boleh mencecah jarak sejauh 10,500,000kilometer!buku setebal 150muka surat biasanya mengandungi 10meter huruf.ini bermakne....(jap nak kira).ini bermakne ,kita perlukan kira-kira 1.5juta buah buku yg setebal 150muka surat untuk menulis jumlah kombinasi neuron dalam otak anda!kesimpulannya:otak aq sunguh berkuasa.(takdelah gurau je).

kalau korang nak tau kalau kuasa otak kita nak  bertanding dengan sebuah komputer,komputer itu perlulah sebesar 4buah padang bola N setinggi tugu Statue Of  Liberty,tu pon kalau ade orang nak buat,tapi kalo buat pon takleh kalahkan kuasa otak kita.

ok,sampai sini sajelah aq tulis sbb penat.t.q sbb membace sbb membace jambatan ilmu.


Monday 17 December 2012

Oppa Gangnam Style...

 Oppa Gangnam Style...


"Gangnam Style" merupakan ungkapan kata basahan dalam bahasa korea yang memaksudkan gaya hidup serba mewah yang dikaitkan dengan daerah Gangnam, sebuah kawasan kaya-raya di Seoul,di mana masyarakatnya serba trendy, hip dan mempamerkan "kelas" yang tertentu. Istilah ini disenaraikan dalam senarai kosa kata mingguan majalah time sebagai "kelakuan yang dikaitkan dengan gaya hidup yang serba mewah di daerah Gangnam, Seoul". Dalam temubual bersama CNN, PSY membandingkan Gangnam dengan Beverly California.


"Gangnam ialah sebuah wilayah di Seoul, Korea. Saya menyifatkannya sebagai berbudi bahasa pada waktu siang, tetapi bertukar liar pada waktu malam. Saya membandingkan kaum wanita dengan wilayah ini — berbudi bahasa pada waktu siang, berkelakuan liar pada waktu malam — jadi menurut seni katanya, sayalah lelaki yang sesuai untuk wanita sedemikian," kata Psy.



Lagu ini adalah mengenai "teman wanita terbaik yang tahu bila hendak beradab sopan dan bila hendak berkelakuan liar." Baris ulang lagu ini, "오빤 강남 스타일 (Oppan Gangnam seutail)" diterjemahkan sebagai "Abang Gangnam Style", iaitu diri Psy sendiri;"oppa" merupakan perkataan dalam bahasa Korea yang digunakan oleh kaum perempuan untuk memanggil abang atau teman lelaki yang lebih tua daripada mereka.
Lagu ini merupakan satira ke atas budaya penggunaan lagak di Korea Selatan; satira ini agak berlainan dalam muzik Korea Selatan, terutamanya genra K-Pop yang terkenal dengan pop bublegumnye. South Korea mencatat takat peggunaan lagak yang agak tinggi. Hutang Kad Kredit negara ini mencapai 155% pendapatan boleh gunanya, dan hutang sedemikian digalakkan oleh kerajaan untuk mendorong pertumbuhan ekonomi. Salah satu contoh penggunaan lagak yang paling ketara ialah kopi yang mahal. Kaum wanita yang dikenali sebagai Doennaja membelanjakan duit yang banyak untuk membeli kopi yang mahal sambil berpuas hati dengan hidangan ramen yang murah. Oleh itulah, Psy menyoroti amalan minum kopi dalam lagunya ini.
Seni katanya ditulis oleh PSY, muziknya digubah oleh Psy dan Yoo Gun-hyung, dan disusun oleh Yoo Gun-hyung, iaitu seorang penerbit muzik terkenal di Korea Selatan yang pernah bekerja bersama Psy sebelum ini. Dalam bidang K-Pop, tidak ramai artis yang menulis lagunya sendiri atau mengkoreograf video sendirinya seperti Psy.