Tentang rokok
Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau
yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan
dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung
yang lain.
Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaring nikotin.
Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas
yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantung. Kebelakangan ini,
bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai dengan pesanan
kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat
merokok, misalnyakanser paru-paru atau serangan jantung.
Manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa India di
Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh. Pada abad 16, ketika
bangsa Eropah menemukan benua Amerika, sebahagian dari para penjelajah
Eropah terikut untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke
Eropah. Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan
Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok untuk keperluan
pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Pada
abad ke-17 para pedagang Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai
saat itu, ia terus menular ke negara-negara Islam.
No comments:
Post a Comment