Sunday, 16 December 2012
Sebastian Vettel
Sebastian vettel ialah seorang pemandu Formula Satu dari negara Jerman, yang kini memandu untuk Red Bull Racing. Beliau ialah Juara Dunia yang terkini, selepas memenangi kejuaraan tersebut pada tahun 2010,2011 dan 2012.
Dalam tahun pertamanya untuk Red Bull pada tahun2009, Vettel menamatkan musim sebagai naib juara untuk Kejuaraan Pemandu Dunia yang termuda. Beliau juga mendapat petak pertama yang pertama bagi Red Bull dan memenangi perlumbaan pertama dalam sejarah pasukan tersebut. Pada tahun berikutnya, beliau menjadi pemandu termuda untuk menjuarai Kejuaraan Pemandu Dunia. Pada tahun yang sama, beliau membantu Red Bull untuk memenangi Kejuaraan Pengeluar Dunia yang pertama mereka. Pada tahun 2011, beliau menjuarai Kejuaraan Pemandu Dunia buat kali kedua, untuk menjadi pemandu termuda untuk menjuarai dua kejuaraan dunia berturut-turut. Vettel memenangi Kejuaraan Dunia F1 sekali lagi pada tahun 2012, dan menjadi pemandu termuda untuk memenangi tiga kejuaraan pemandu dalam sejarah sukan tersebut.
Vettel juga memegang pelbagai rekod "paling muda" dalam Formula Satu. Vettel merupakan pemandu yang paling muda untuk mengambil bahagian dalam sesi latihan rasmi Grand Prix, mendahului sebuah perlumbaan, mendapat petak pertama dan memenangi sebuah perlumbaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment